Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

 Pengenalan:

·       pengurusan sumber adalah gabungan daripada perkataan pengurusan dan sumber.

·       Menurut Buck (2010), pengurusan terdiri daripada beberapa elemen iaitu pengarahan dan pengawalan kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti yang bertujuan untuk menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai misi dan matlamat sesebuah organisasi atau kumpulan

·       Sumber pula merujuk kepada satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan tujuan membolehkan dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar.

·       Terdapat tiga pembahagian sumber iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.

·       Pengurusan sumber ini merujuk kepada satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.

·       Pengurusan sumber ini dikatakan turut memainkan peranan yang sangat penting dalam organisasi agar sesebuah organisasi dapat memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan dengan lancar dan mampu berdaya saing untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

 

Konsep Pusat Sumber:

·       Pusat sumber sekolah (PSS) dianggap sebagai satu unit di mana pemilihan bahan dan alat pendidikan yang berkesan dan berkualiti dilakukan, diproses dan diurus secara sistematik untuk kegunaan guru dan pelajar (Omar, 1993).

·       didefinisikan sebagai ruang yang dikhaskan di mana terdapatnya sumber pendidikan atau media bercetak dan tidak bercetak yang diuruskan secara sistematik dan boleh digunakan oleh guru dan pelajar untuk memperolehi maklumat bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran

·       menyediakan pelbagai koleksi bahan yang lengkap dan sejajar dengan perkembangan Pendidikan pada masa kini

Objektif Pusat Sumber:

·       Kecemerlangan Pendidikan

·       Penggunaan kemudahan

·       Pemupukan tabiat pelajar

·       Penghasilan bahan

·       Perkhidmatan pembelajaran

·       Kemahiran maklumat

Fungi Pusat Sumber:

·       Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum

·       Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran

·       Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan

·       Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil, dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum

·       Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri

·       Penyedia keperluan terkini teknologi Pendidikan

·       Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin

Ciri-ciri pusat sumber yang berkesan:

·       Warga sekolah mengetahui dan mengenali pengurus pss

·       Terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan pss

·       Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses Pdpc

·       Lokasi PSS ditempatkan di kawasan yang mudah untuk dikunjungi

·       Warga sekolah memahami peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum

·       Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik.

Langkah Pembentukan Pusat Sumber yang Berkesan:

·       Penubuhan Ajk dan pelantikan kakitangan PSS

·       Rancangan pengoperasian

·       Rancangan pengurusan perkhidmatan

·       Latihan dan bengkel untuk kakitangan (petugas)

·       Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan

·       Orientasi dan penerangan kepada pelanggan

·       Kemaskini rekod pengurusan (koleksi)

·       Promosi dan galakan pengguanaan

·       Penyemakan stok dan penyediaam laporan tahunan

Kesimpulan:

·       pengurusan sumber yang digunakan oleh pihak sekolah dalam bidang pendidikan perlu dimanfaatkan sepenuhnya kerana ia mampu meningkatkan ilmu pengetahuan, kefahaman, dan pembelajaran pelajar terhadap pendidikan yang telah diterima oleh mereka.

·       Pengurusan sumber juga merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLEKSI BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

KATEGORI BAHAN SUMBER DAN KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN