KATEGORI BAHAN SUMBER DAN KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN

KPS 3014 KUMPULAN N

 

KATEGORI BAHAN SUMBER DAN KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN

 

MOHAMMAD YUSUF BIN SUMARDI

 

D20201095601

 

KUMPULAN 18

 

 

KATEGORI BAHAN SUMBER

Terdapat beberapa kategori sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.

 

Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Terdapat banyak sumber- sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar. Antara bahan- bahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah. Untuk memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada proses P&P, guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta, komputer, gambar rajah dan televisyen.

 

Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.

 

BAHAN BERCETAK

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu.

 

Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Sementara itu, bahan bercetak juga dapat diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan tidak bergambar. Cintih bahan bergambar ialah surat khabar, brisur, poster dan gambar manakala bahan tifak bergambar ialah seperti graf. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing.

 

Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini mudah didapati, sebagai contoh guru boleh menggunakan bahan-bahan terpakai yang tidak digunakan lagi seperti majalah, surat khabar serta buku-buku lama yang sudah tidak digunakan lagi. Melalui penggunaan bahan-bahan terpakai, sebenarnya guru boleh menerapkan nilai berjimat sepanjang aktiviti P&P. Hal ini kerana dunia kini memperlihatkan kepincangan terhadap kekurangan sumber mentah seperti kepupusan kayu balak bagi penghasilan buku.

 

Selain itu, penggunaan bahan bercetak tidak memerlukan seorang guru untuk berkemahiran dalam menggunakannya. Tidak seperti bahan mengajar yang lain seperti bahan multimedia interaktif yang memerlukan kemahiran dan kecekapan guru dalam penghasilan bahan tersebut. Guru hanya perlu bijak dalam mempelbagaikan kaedah dan strategi P&P dengan hanya menggunakan satu bahan bercetak sahaja seperti peta. Peta daerah boleh digunkan dalam mengajar taburan penduduk, bentuk muka bumi dan penghasilan karangan penduduk.

 

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.  Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan.

 

Sementara itu, bahan ini mudah rosak sekiranya tidak disimpan dengan baik seperti dimakan anai-anai dan kulat. sukar untuk kita memperoleh bilik kedap udara yang bersaiz besar untuk memuatkan kapasiti bhaan bercetak bagi tujuan pengurusan mahupun penggunaan P&P. Malahan lebih releven jika dikatakan tiada langsung bilik kedap udara yang wujud dalam mana-mana institusi pendidikan. Kehadiran udara terkendap dalam bilik penyimpanan bahan bercetak tidak kira di dalam kelas atau rumah sebenarnya menyumbang kea rah pembiakan kulat. Serangga-serangga kecil pula turut membiak. Serangga dan kulat mampu merosakkan struktur bahan bercetak seperti majalah dan buku.

  




BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.

 

Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian- perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung.

 

Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru. Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.

 

Namun kekurangannya ialah memerlukan kemahiran dalam pengurusan bahan IT ini. Penggunaan IT baru sahaja dimasukkan dalam bidang pendidikan dan menyebabkan guru yang berpendidikan dengan konsep lama akan mengalami masalah dalam penggunaan bahan teknologi maklumat ini. Guru-guru yang bertanggungjawab dalam penyampaian ilmu mahu tidak mahu terpaksa mempelajari serta menaik taraf dalam pengurusan pembelajaran dengan menerapkan penggunaan IT. Tidak boleh dinafikan bahawa teknologi dalam era globalisasi ini membawa erti yang penting dan besar dalam pendidikan. Oleh itu, semua guru perlulah merujuk dengan guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat untuk menaikkan pengurusan pembelajaran mereka selaras dengan pengedaran zaman.



BAHAN MAUJUD

 

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.

 

         Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.

 

Kelebihan yang terdapat pada bahan maujud ini adalah penglibatan murid secara langsung dengan penggunaan bahan maujud ini menjadikan mereka aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid turut dapat membuat interpretasi sejarah berdasarkan bahan maujud tersebut. Ciri bahan maujud tersebut yang bersifat realistik turut menggera murid untuk meneroka idea yang kompleks dan abtrak selaras dengan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang harus diaplikasikan oleh murid.

 

Walaupun begitu, setiap sumber pengajaran dan pembelajaran ada kelemahannya tidak terkecuali sumber bahan maujud. Para guru sukar untuk memperolehi bahan untuk menghasilkan bahan maujud tadi. Kesukaran ini sering berlaku kepada guru yang berada di pedalaman. Mereka terpaksa keluar ke bandar bagi membeli bahan untuk menghasilkan bahan maujud ini. Terdapat juga sesetengah bahan maujud yang mempunyai kos yang tinggi. Reka bentuk bahan maujud yang besar turut menyukarkan guru untuk membawa bahan tersebut.

 

 




KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN

Akses merupakan proses  atau cara memperolehi sesuatu data atau maklumat, manakala maklumat pula adalah pemberitahuan atau pengumuman. Pembelajaran berasaskan sumber banyak bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Oleh yang demikian, para pelajar perlulah memiliki kemahiran dalam mengakses sumber pembelajaran. Terdapat kemahiran yang digariskan untuk memastikan matlamat pembelajaran berasaskan sumber itu tercapai.

 

PENGGUNAAN E-BOOK

E-book merupakan sebuah peranti yang digunakan bagi membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia adalah satu alat atau buku elektronik yang menggantikan buku teks. Menurut Nor Silawati Aliman (2012). E-book yang diperkenalkan dapat mengurangkan beban pelajar untuk membawa buku teks setiap hari ke sekolah dan apabila wujudnya E-book ia telah memberi pendedahan kepada pelajar dengan teknologi terkini dan canggih.

Peranti E-book yang digunakan oleh para pelajar dan guru telah memberikan suatu perubahan dalam kaedah pembelajaran dan pengajaran yang selari dengan arus semasa.Kaedah pembelajaran lebih terbuka dimana pelajar dapat mengakses pelbagai maklumatdengan cepat. E-book direka untuk penyimpanan bahan bacaan dan memberikan paparankepada guru dan pelajar untuk pembacaan dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

PENYEDIAAN BILIK TAYANGAN DAN MULTIMEDIA

Penyediaan bilik tayangan dan multimedia merupakan alat pendang dengar untuk kegunaan guru dan murid bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan dan penempahan ruangan ini tertakluk kepada buku pinjaman yang telah disediakan di kaunter sirkulasi. Selain itu, bilik ini juga sering digunakan untuk tujuan rasmi seperti bengkel-bengkel pendidikan sekolah. Bilik ini turut dilengkapi dengan kemudahan Kampus Astro yang memberi peluang kepada para guru untuk membawa satu pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeronokkan.

 

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI

Penggunaan teknologi dalam kehidupan kita kian meluas, justeru itu, kita mestilah peka terhadap perkembangan teknologi ini. Kemahiran dalam menguasai teknologi ini adalah amat penting pada masa sekarang, kerana banyak perkara yang telah menggunakan teknologi. Contohnya penggunaan komputer,internet dan sebagainya. Terdapat banyak faedah yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ini. Tidak rugi jikalau kita belajar ilmu ini,malah ia akan membawa kebaikan terdapat diri kita. Antara faedah-faedahnya ialah kita dapat menambahkan lagi kemahiran diri kita. Kita dapat menambah satu lagi kelebihan diri kita dengan menguasai kemahiran diri kita. Para guru dan pelajar akan sentiasa berkembang selari dengan perkembangan semasa seperti yang berlaku terhadap teknologi. Dengan kemahiran ini akan memudahkan kemahiran akses sumber pembelajaran.

 

RUMUSAN

Kesimpulannya, pengurusan sumber terdiri daripada beberapa jenis sumber yang dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

KOLEKSI BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)