peranan dan kemajuan pusat sumber sekolah

 


KPS 3014 KUMPULAN N

peranan dan kemajuan pusat sumber sekolah

muhammad sahfuwan shah bin mat jani

D2020195581






Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.



PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Malahan,Pusat Sumber juga menyediakan pelbagai maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah bukan sahaja merujuk kepada perpustakaan semata-mata malahan makmal sains, makmal komputer, dan bengkel kemahiran hidup juga merupakan pusat sumber sekolah.


SEBAGAI PUSAT KEGIATAN PELAJAR

PSS menyediakan ruang yang cukup santai serta penuh ceria bagi memastikan murid tidak terlalu tertekan memasuki pusat sumber yang difikirkan mereka sebagai tempat membaca sahaja.Setiap ruang pusat sumber dimanfaatkan sepenuhnya bagi kegunaan murid seperti pentas cerita, sudut permainan, sudut teknologi, sudut membaca dan pelbagai lagi., kemudahan yang sedia ada memberi manfaat kepada mereka di mana segala kemudahan yang ada dapat digunakan sepenuhnya apabila mereka berkunjung ke pusat sumber.Pihak sekolah turut menyediakan sofa serta meja bersama surat khabar khas kepada pelajar di mana ia bukan hanya untuk tetamu ataupun guru sahaja malah mereka boleh membaca isu terkini  sambil bersantai.Tidak cukup itu, pss juga menyediakan  komputer riba di sudut teknologi di mana murid-murid dibenarkan melayari internet bagi tujuan pembacaan dan pembelajaran  adalah menjadi harapan pihak sekolah untuk memartabatkan PSS sebagai gedung ilmu pertama murid-murinya.Kita tahu kawasan luar bandar merupakan kawasan kurang murid, namun mereka mampu bersaing jika pelbagai usaha dilakukan oleh sekolah dan guru-guru dalam mendidik mereka menjadi anak bangsa yang berjaya


MENYEDIAKAN RUANG YANG SELESA DAN KONDUSIF

Perkara utama dalam menarik minat seseorang mengunjungi tempat yang kita inginkan adalah suasana kawasan tersebut Suasana yang kondusif dan menarik mampu menyumbang kepada jumlah pengunjung pusat sumber sekolah, Susunan rak yang mudah untuk mencari bahan rujukan, kedudukan meja dan kerusi yang teratur serta ruang membaca yang selesa menjamin keinginan murid untuk menggunakan sumber yang ada di situ. Mewujudkan sudut perbincangan di mana para pelajar dpat melakukan pembelajaran secara berkumpulan juga amat digalakkan kerana ia antara cara pembelajaran yang berkesan pada hari ini. Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan segala kemudahan di pusat sumber di selenggara dengan baik dan dijaga rapi. Sekiranya mengalami kekangan kos dalam pengurusan pusat sumber, mereka boleh menggunakan alternatif lain seperti berganding bahu dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang pasti prihatin dalam isu soprirtir


AKSES ILMU YANG LUAS

seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, pss merupakan perpustakaan fizikal dan maya.Istimewanya, pss kini bukan hanya menyediakan pelbagai genre buku, tetapi juga membekalkan maklumat secara elektronik, yang membolehkan pelajar mendapat pelbagai informasi. kandungan digital atau sumber elektronik dalam talian. kelebihan untuk mengakses maklumat secara digital  dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk meningkatkan pengetahuan tentang realiti pendidikan. Hal ini tujuan pendidikan dapat realisasikan dengan penggabungan ilmu digital dan fizikal ia dapat memberi impak yang besar dalam prestasi pendidikan pelajar dan pendidik

https://pengurusansumber18kpsa202.blogspot.com/2021/06/peranan-dan-kemajuan-pusat-sumber_8.html

KESIMPULAN

Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan suatu unit bersepadu yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan pengajaran



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

KOLEKSI BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

KATEGORI BAHAN SUMBER DAN KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN